Followers

Wednesday, September 10, 2008

Musim perayaan

Musim perayaan semakin menghampiri. Ramai yang akan pulang ke kampung atau balik ke bandar-bandar dan kota-kota. Lalulintas pasti akan sibuk. Diharapkan semua agensi-agensi yang terbabit dengan kenderaan dan lalulintas memberi fokus kepada tugas mereka di musim perayaan ini. Jangan terlalu terikut-ikut dengan suasana politik yang melanda negara.

Biarkan orang poltik dengan politik mereka. PDRM, JPJ dan sebagainya perlu pastikan tiada lagi kenderaan pengangkutan awam yang usang (kenderaan pengangkutan awam maut) di jalan raya. Semoga tahun ini tiada lagi pemandu bas yang berbelas-belas saman bermaharaja lela mempermainkan nyawa-nyawa penumpang. Semoga tahun ini tiada kedengaran lagi bas-bas ekpress yang berbelas saman masih bergerak ganas. Semoga tahun ini tiada lagi pemandu yang memandu bersendirian berbelas jam ke destinasi.

Kita juga berharap semoga tahun ini tiada lagi pemandu mabuk dan pemandu yang memandu dalam keadaan mendadah yang boleh mengorbankan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Semoga Pak Menteri dalam sibuk berpolitik, dapat pastikan perjalanan balik kampung kali ini selamat dan sempurna. Tengok-tengok juga, kerana ramai lagi yang belum dapat tiket balik kampung dan tiket balik semula ke tempat kerja atau belajar kerana tiket-tiket dah habis.

1 comment:

Cikgu Wahab: said...

"Ulat-ulat" yang berkeliaran di serata terminal bas perlu juga di perhatikan oleh pihak berkuasa. Pada waktu inilah mereka mengambil peluang mencari keuntungan. Yang menjadi mangsa memang tidak berdaya kerana terpaksa pulang ke kampung untuk berhari raya, walay berapa mahal pun tambangnya...