Followers

Wednesday, December 31, 2008

Perjuangan Pewaris pelik !

Kadang-kadang ada orang suka buat kerja pelik. Entah apa tujuan di hatinya , tidak ramai yang tahu. Menurut laporan akhbar Utusan, Timbalan Pengerusi Pewaris menyifatkan PAS 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menurut akhbar itu PAS menolak kehadiran Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Apabila membaca dan meneliti akhbar online seperti mStar, Malaysiakini dan lain-lain, siap tunjuk gambar Mat Sabu dan Sallehuddin Ayub dan beberapa orang lagi pemimpin PAS sedang menerima memorandum dari Pewaris. Sementara itu Tuan Guru Presiden PAS siap memberi jaminan akan membawa isu dan permasalahan yang di bawa Pewaris kepada pihak yang bertanggungjawab.

Jadi macam mana pula boleh keluar kenyataan PAS menolak kehadiran ahli Majlis Pewaris ? Kalau tolak tentulah Mat Sabu tidak diarah untuk terima. Mat Sabu bukan sebarang orang dalam PAS, Naib Presiden apa! Ini pelik yang pertama.

Pelik yang kedua, kenapa hantar memorandum mansuhkan ternakan babi di Melaka kepada PAS ? PAS bukan perintah Melaka. Agaknya dalam firasat Pewaris, pilihanraya akan datang PAS akan perintah Melaka jadi Pewaris hantar awal-aawal. Proaktiflah katakan !

Pelik yang ketiga kenapa tak hantar memorandum mansuhkan ternakan babi di Melaka kepada Ali Rutam? Bukankah Ali Rustam calon Timbalan Presiden UMNO yang perintah Melaka. Dan Ali Rustam bukan calang-calang manusia dalam UMNO. Kalau dia menang, dia bakal Timbalan Perdana Menteri. Adakah Pewaris sedang berusaha gigih menjaga nama baik dan kredibiliti seorang calon Timbalan Presiden. Kalau diberi waktu ini, markah Ali akan merudum kerana babi. Kalau itulah tujuannya, maka berjuang apa namanya begitu?

Pelik yang keempat, kenapa hantar memorandum mansuhkan ternakan babi di Melaka sahaja. Kenapa tidak hantar memorandum juga ke Selangor dan Kedah ? Agaknya dalam kajian Pewaris kaedah ternakan babi di Melaka yang di perintah UMNO/BN di bawah Ali Rustam paling teruk, paling selekeh, paling kotor dan paling tidak diambil kisah oleh Ali Rustam. Pewaris tidak hantar ke Selangor kerana Pakaan Rakyat melakukannya secara tegas dan bersistem begitu juga yang hendak dilaksanakan di Kedah. Di Negeri Sembilan ? Faham-faham sahajalah Dr Maamorkan ada dalam Pewaris !

Adalah diharapkan cukuplah Pewaris membuat kerja pelik ini. Kita tidak pernah bersetuju dengan penternakan babi yang mampu menyinggung perasaan dan emosi masyarakat yang beragama Islam tetapi kita perlu realistik dalam membuat tindakan.

Kesilapan berpanjangan dan berterusan telah dilakukan terlalu banyak oleh kerajaan UMNO/BN sejak dari dahulu lagi dalam soal ternakan babi ini. Tidak perlu menyalahkan orang lain kerana kesilapan ini adalah kesilapan kerajaan UMNO itu sendiri. Kerajaan UMNO yang tamak haloba dan mdah dirasuahkan tidak pernah mahu mengawal dan memberi tahu dengan tegas sejak dari awal, peraturan ternakan babi di negara ini. Jika Singapura yang diperintah oleh bangsa Cina yang memang makan babi boleh memberi syarat yang terlalu ketat dan membuat tindakan yang tegas dalam soal ternakan babi, kenapa negara yang diperintah oleh orang Melayu Islam yang tidak makan babi, tidak bertindak awal-awal sejak 51 tahun memerintah. Apa yang pemerintah buat. Mereka hanya tidur sahaja dengan duit babi ? Dan hari ini mereka hanya tahu menyalah orang itu dan orang ini. Begitulah kerajaan selagi UMNO/BN memerintah dan Pewaris seharusnya sedar akan hal ini untuk membuat 'tembakan' yang tepat. Bukan menembak tidak tentu arah macam orang tidak betul kepala !

Akan menyaman orang yang memfitnah dirinya ?

Jaga-jaga Tan Sri Rashid bekas Pengerusi SPR mengaum kembali. Beliau dilaporkan akan menyaman para pempimpin pembangkang yang katanya pernah memfitnah dirinya sewaktu bertugas sebagai Pengerusi SPR. Dan katanya lagi siaplah selepas ini akan ada yang akan kehilangan kerusi.

Nampaknya suara Tan Sri Rashid rasa-rasanya cukup "mengecut-perutkan" para pemimpin pembangkang! Agaknyalah !!Tian Chua akan kecut perut, Mat Sabu akan kecut perut dan semua yang lain akan kecut perut ! Mungkin akan tak tidur malam agaknya bimbangkan tindakan saman bekas pengerusi SPR itu !

Lepas ini sudah pasti Tan Sri Rashid akan menjadi pahlawan. Pahlawan kepada siapa ?? Apakah medan pertama beliau ialah Kuala Trengganu ?

Tuesday, December 30, 2008

Kajian PPSMI oleh UPSI

Kajian dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim yang diketuai oleh Profesor Emeritus Isahak Haron anjuran Yayasan Kajian dan Strategi Melayu.

Kajian tersebut membabitkan hampir 4000 murid tahun 5 di 68 buah sekolah rendah di Semenanjung Malaysia antara tempoh Februari 2007 dan Januari 2008.

Kajian UPSI tersebut adalah berkaitan dengan PPSMI dalam menjawab beberapa isu Pengajaran dan Pembelajaran berikut:

1. Sejauh manakah guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik ?

Kajian dari sample yang berlainan pelajar sekolah rendah sepanjang 2003-2007 mendapati:

i. Lebih 85% pelajar melaporkan guru mengajar Sains dan Matematik dengan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Ini adalah kerana guru-guru ingin membantu murid-murid yang lemah Bahasa Inggeris memahami apa yang diajar.
ii. Hanya 02% guru menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.
iii. Dan 05% menggunakan Bahasa Malaysia sahaja.

2. Sejauh manakah pelajar sukar mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ?

Berdasarkan sampel Januari 2008:

i.
83% murid pelbagai kaum menyatakan sukar belajar Sains dalam Bahasa Inggeris.
ii.
87.2% di kajian di kalangan pelajar Melayu mengatakan sukar belajar Sains dalam Bahasa Inggeris.
iii.
65%kajian di kalangan pelajar Melayu mengatakan sukar belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Berdasarkan sampel Februari 2007:

i.
70-80 peratus pelajar Melayu sekolah kebangsaan masih menghadapi masalah mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris walaupun telah menggunakan Bahasa Inggeris sejak tahun 2003.

3. Adakah mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Matematik pelajar ?

Kajian Sampel murid Tahun 5 Januari 2008 mendapati:

i. Skor prestasi Matematik pelajar-pelajar berkenaan adalah rendah iaitu 7.89 daripada skor maksimum 20.0.
ii.
Skor murid Melayu (7.66) adalah lebih rendah dari skor murid Cina (13.0) dan India (8.21)
iii.
Peratus murid Melayu yang memberi jawapan tepat adalah lebih rendah dari murid Cina dan India terutama dalam soalan yang memerlukan murid memahami ayat atau arahan dalam Bahasa Ingerís.
iv.
Murid Melayu lemah dalam operasi asas dengan hanya 58.2 peratus yang mampu menjawabnya.
v.
Dalam asas darab hanya 53.9 peratus murid Melayu mampu menjawab berbanding murid Cina 80 peratus boleh menjawab dengan betul.
vi.
Dalam asas bahagi yang memerlukan membaca ayat dalam Bahasa Ingerís , hanya 14 peratus dan 35 peratus sahaja murid Melayu yang mampu memberi jawapan yang betul.

4. Adakah mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris meningkatkan pembelajaran dan prestasi Sains pelajar ?

i.
Prestasi am Sains murid semua keturunan adalah rendah dengan skor hanya 4.28 daripada maksima 14.00.
ii.
Skor murid Melayu lebih rendah (4.11) dari skor murid Cina (7.22) dan India (4.64).
iii.
Kira-kira 83 peratus murid Tahun 5 dari semua keturunan mendapati sukar mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris dengan peratusan tertinggi di kalangan murid Melayu (84 peratus).
iv.
Hampir 83 peratus murid Melayu tidak faham pengajaran guru Sains dalam Bahasa Inggeris.

5. Adakah pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris membantu meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar dalam Bahasa Inggeris ?

i. Prestasi am Bahasa Inggeris murid Tahun 5 dari semua keturunan adalah amat rendah dengan skor 11.97 daripada skor maksimum 31.0. Skor murid Melayu hanya 11.87. Skor murid Cina (21.77) dan India (16.14).

ii. Kira-kira 73.7 peratus murid Tahun 5 dari semua kaum menyatakan sukar mempelajari Bahasa Inggerics dengan peratus tertinggi ialah murid Melayu (81.4 Peratus).

iii. Lebih 75 peratus murid Melayu tidak faham pengajaran guru Bahasa Inggerís.

Sumber: Suara Keadilan 24-31 Dis 2008

Sunday, December 28, 2008

Bahasa apakah yang hendak digunakan kepada Yahudi Israel ?

Bahasa apakah yang kita hendak gunakan kepada Israel ? Bahasa haiwan ? Bahasa binatang ? Bahasa haram jadah? Tapi apalah maki hamun kita kepada Israel. Dasar kebinatangan yang hanya memekakkan telinga kepada kepada apa sahaja kutukan dan celaan. Itulah Israel laknatullah !!

Sedih, diambang tahun baru, Israel terus menjadi bangsa yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Membunuh dengan kejam dan dahsyat rakyat Palestin yang lemah dan tidak berdosa. Membunuh umat Islam yang sedang tersepit dengan pelbagai kesukaran mainan politik dunia dan kuasa besar yang zalim.

Siapalah yang boleh diharap untuk mengajar Israel erti kemanusiaan. Di manakah negara-negara Pertubuhan Islam? Sekadar mengutuk, mencela sedangkan sudah lebih 200 rakyat Palestin terkurban dalam tempoh dua hari ini. Adakah keputusan negara Pertubuhan Islam selepas ini akan kutuk sahaja dan selepas itu perhatikan dari negara masing-masing, satu demi satu rakyat Palestin dirobek daging-daging mereka, dihancurkan seluruh badan mereka oleh bangsa yang lebih hina dari binantang ini ?

Sedih, inilah padahnya apabila negara-negara Islam menjauhi diri dari agama Islam itu sendiri. Mereka hanya terbungkam dalam kesesakan melayani hawa nafsu sendiri dan umat Palestin terus diratah dengan dahsyatnya. Masya Allah !

Umno....Umno !!

Entah apalah mentaliti perwakilan UMNO ni . Mereka memilih seseorang untuk dipilih menjadi pemimpin atas dasar apa agaknya. Atas dasar bangsakah ? Moralkah ? Akhlaqkah ? Agamakah ? Handsomekah ? Atau atas dasar berwang (bukan beruang ) ? Baca laporan BERNAMA di bawah:

Rahim Thamby layak tanding Naib Presiden Umno

SEREMBAN: Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mendapat pencalonan yang ke-20, dari Umno Bahagian Seremban bagi mencukupkan kuota melayakkan beliau bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Rahim Thamby Chik ni rasanya tiada orang yang tidak kenal siapa dia dalam Umno dulu. Dulu-dulu pernah heboh kisah dia ni. Banyak orang tahu cerita dia. Dan dia nilah yang dicalonkan oleh perwakilan Umno untuk bertanding menjadi salah seorang Naib Presiden Umno pada bulan Mac nanti.

Kalaulah Rahim menang, inilah rupanya pemimpin Umno yang akan bercakap agaknya soal; Umno mesti berintegriti untuk terus-terusan benteras rasuah, ahli-ahli Umno khususnya putera dan puteri hendak tahu menjaga akhlaq dan moral nanti runtuh tamadun bangsa Melayu kita !

Kalau itulah nanti yang diperkatakan...aduuh...nak ter........... rasanya mendengarnya !

Entahlah, orang yang mudah ghairah macam Rahim masih suka dicalonkan oleh perwakilan Umno. Ya lah, nak buat macam mana, mungkin inilah antara tokoh terbaik mengikut perwakilan bahagian Umno yang mencalonkannya. Baca apa yang Rahim cakap :

"Walaupun saya menjadi pemimpin terakhir melayakkan diri dan memperoleh jumlah pencalonan sedikit, saya cuma melihatnya sebagai satu keghairahan (ha..kan ghairah!) untuk mendapatkan lesen dan bukan mencerminkan sokongan sebenar pada pemilihan nanti," katanya yang menjadi wakil pemantau MT pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu. BERNAMA

Hidup Rahim !! Umno....Umno !!!

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS

(Kenyataan Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang , Presiden PAS cukup jelas. Semua pihak khususnya parti-parti bukan Melayu hendaklah memahaminya dan tidak perlu merasa panik, kecut perut, gerun, fobia dan trauma dengan hudud. Ia hanya untuk orang Islam sahaja. Bagi UMNO jika dah tak ada kerja lain, teruslah dengan sikap kamu menolak hudud seperti yang PAS cadangkan. Biar...biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan ...!!)

Petikan dari harakahdaily:

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS

Harakahdaily
Sun | Dec 28, 08 | 1:31:58 am MYT

SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam.

"Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm _

Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang hukum Allah

( Kali ini saya petik tulisan Mohamed Hanipa Maidin dalam Harakahdaily untuk merancakkan lagi proses penghadhaman dan pemahaman isu hudud yang diriuhkan sekarang.)


Mohamed Hanipa Maidin
Sun | Dec 28, 08 | 1:18:19 am MYT


"Umno jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam."

Agensi berita melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini

"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.

Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Umno benak tuduh PAS politikkan isu Hudud

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.

Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang orang PAS dan orang orang Umno.

Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?

Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.

Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .

Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.

Umno halang hukum Allah

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.

Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.- azm

(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dan seorang peguam)-azm_

Saturday, December 27, 2008

Inilah contoh Malaysian Malaysia yang sepatutnya DAP miliki

Jika benarlah seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily, maka inilah contoh Malaysian Malaysia yang sepatutnya DAP miliki.


Petikan dari harakahdaily:


KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) -Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud.

Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

Pada saya Yang Berhormat M Kulasegaran telah memberi contoh yang terbaik. Memberi reaksi yang berupa Malaysian Malaysia yang sebenarnya yang sepatutnya DAP miliki. Pendirian yang menghurmati dasar perjuangan PAS dan memahami kerangka dan reality politik hari ini adalah pendirian yang rasional dan tidak emosional dalam memberi reaksi terhadap isu hudud.

Menurut Yang Berhormat M Kulasegaran lagi:

"Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong.

Tambahnya, dia menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hudud dan ia merupakan inspirasi parti tersebut.

"Ia masih memerlukan perubahan perlembagaan persekutuan,"jelasnya sambil menegaskan PAS akan sukar mendapat majoriti untuk melakukannya.

Pandangan Yang Berhomat M Kulasegaran ini seharusnya juga menjadi pegangan YB-YB DAP yang lain khususnya YB Karpal dan YB Lim Kit Siang dan anaknya itu. Faham hakikat politik yang ada dan jangan bising-bising apabila setiap kali PAS menyatakan hasratnya mengimplimentasikan hukum Hudud itu.

Sudah berkali-kali PAS menyatakan pendiriannya bahawa perjuangan untuk menegakkan hukum hudud di Malaysia ini adalah mengikut kerangka system yang ada pada hari ini yang mana kerangka ini juga yang didukung oleh DAP. Yang boleh saya fahami, ini bermaksud jika sekiranya akan berlaku, saya ulang jika akan berlaku, pindaan perlembagaan adalah jelas juga melalui system dan kerangka yang ada. Atas prinsip itulah saya rasa, YB Kulasegaran sangat rasional dalam mengulas persoalan hudud ini.

Apa yang berlaku hari ini, setiap kali Pas menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud, DAP memberi reaksi seolah-olah esuk lusa PAS akan laksanakan hudud dan macam begitu mudah sekali untuk PAS untuk melakukannya. Jika begitu mudah, hari ini sudah pasti kerajaan Kelantan telah melaksanakannya. Siapa yang mengugut kerajaan Kelantan jika melaksanakan hudud ? DAP kah ? Sebelum berdepan dengan DAP, PAS terpaksa berdepan dengan UMNO dahulu. Sesudah matinya UMNO barulah PAS akan berdepan dengan DAP. Perjalanan PAS dalam memacak hudud dalam undang-undang Malaysia masih jauh. Dan bukan semudah seperti PAS menyatakannya. Namun tidak wajar sama sekali untuk memberhentikan PAS dari menyatakan dan memberi penerangan tentang hasrat dan antara dasar perjuangan partinya.

Apa yang pemimpin-pemimpin PAS cakapkan seperti yang Dato Husam katakan tempoh hari amatlah malang jika dilihat oleh sesetengah pihak sebagai terjerat atau terperangkap. Terperangkap dengan Khairy pula tu ! Siapa Khairy ? Saya tidak tahu bagaimana cara berfikir Islam orang yang mengatakan terperangkap itu ?Menyatakan secara ikhlas dan beriltizam untuk mahu menegakkan hukum Allah itu, dianggap terperangkap atau termasuk jerat !? Masya Allah!! Itu ada proses dakwah dan tarbiyyah dari para pemimpin PAS. Bagi saya Dato Husam telah berjaya membentangkan hudud untuk sekali lagi dihadhamkan oleh masyarakat umum berbilang kaum di Malaysia.

Saya amat yakin dengan memperkatakan hudud…hudud…hudud …di mana-mana, telah semakin ramai rakyat Malaysia berbilang kaum memahaminya. Contohnya YB Kulasegaran, masyarakat Cina di kelantan, masyarakat Cina di Kuala Trengganu serta juga ahli-ahli Kelab Penyokong PAS. Dengan itu saya merasakan akan menjadi silap besarlah UMNO jika membawa isu hudud di PRK Parlimen Kuala Trengganu nanti sebagaimana silapnya UMNO membawa isu sumpah laknat di Permatang Pauh.

Kulasegaran yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Barat menegaskan,seandainya hukum hudud dilaksanakan gaya hidup masyarakat bukan Islam tidak akan mendapat kesan.

"Ia adalah pendirian PAS. Saya hormati pendirian mereka.Itu merupakan urusan mereka,"tegasnya. - mks. _

Syabas Yang Berhurmat Kulasegaran kerana memahami apa hukum hudud itu sebenarnya. Semoga Yang Berhurmat yang rasional ini dapat menjelaskan kepada segelintir mereka yang kelihatan begitu trauma apabila sahaja disebut hudud bahawa hudud tidak akan mengganggu pemakan khinzir, hudud tidak akan mengganggu orang seperti Chua Soi Lek (bangsa Cina dan bangsa-bangsa lain yang bukan Islam jika mereka enggan berhakim dengannya) . Hudud tidak akan mengganggu Swee Lan atau Kumari dengan pakaiannya ke tempat kerja. Hudud hanya untuk orang Islam sahaja.

Kita benar-benar berharap DAP akan melahirkan ramai lagi yang benar-benar Malaysian Malaysia seperti YB Kulasegaran !

Wednesday, December 24, 2008

Satu usaha tambah baik IJN atau tambah mahal ?

Boleh percaya ke anak Pak Hitam ni ? Apakah tidak nanti bila selesai usaha tambah baik IJN maka harga rawatan akan meningkat maka akan mati kataklah pesakit jantung kat rumah tanpa mendapat pembelaan dan rawatan.

Anak Pak Hitam kata:

cadangan pengambilalihan tersebut tidak akan menjejaskan nasib golongan pesara, kakitangan kerajaan dan mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan di pusat jantung itu.

‘‘Sebagai contoh, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) yang dimiliki kumpulan Sime Darby telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta setahun untuk memberi rawatan jantung dan penyakit lain kepada golongan berkenaan.

Ramaikah orang-orang misikin dan berpendapatan rendah mendapat rawatan dekat Pusat Perubatan Subang Jaya ? Yang biasa dengar golongan berpendapatan rendah sering mendapat rawatan dekat IJN...IJN....IJN !!! Sampai seluruh ceruk kampung kenal IJN. SJMC orang kampung tak kenal pun!

Sudahlah anak Pak Hitam, jaga dulu betul-betul Wilayah Iskandar tu, nanti jadi macam Batu Putih lagi.

Radio Televisyen Mengarut (RTM)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bermenterikan Subree Cheek berkata RTM akan hanya lulus lagu berunsur nilai moral.


Rasa hendak tergelak mendengar kenyataan itu. Melaksanakan dasar pakaian artis pun kelam-kabut. Sekejap tidak boleh, sekejap dibenarkan. Membiar diri digunakan sebebas-bebasnya sebagai alat kempen parti UMNO adalah satu tindakan yang bermoral pada RTM. Dan kini yang menjadi mangsa nilai tara RTM sebagai tidak mempunyai nilai moral ialah lirik lagu puisi Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainali Abidin, "Aku Bukan Musuh Harta".

Hasil karya seorang bekas mufti yang dikagumi ramai keilmuannya dinilai oleh Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-lagu RTM sebagai menghasikan sesuatu yang tiada nilai moral. Hanya kerana lirik ini "Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan," lirik dan lagu Dr Asri menjadi tidak bermoral.

Mengatakan ada orang yang kuat berbohong menjadi kaya, mengatakan ada orang yang suka berbohong lupa Tuhan dan sapu harta rakyat dan harta awam, mengatakan ada orang yang suka berbohong menggunakan hukum syaitan dalam kehidupan berbohongnya - hasil karya Dr Asri terus menjadi tidak bermoral. Betulkah begitu? Saya rasa budak sekolah rendah yang mendengar alasan ini pun akan rasa pelik. Mereka akan tertanya-tanya "eh..eh...kenapa pulak jadi begitu ?".

Itulah RTM, Radio Televisyen Malaysia yang menjadi Radio Televisyen Mengarut, RTM jugak !!

Seperti yang dilaporkan oleh mStar Online:

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa panel penilai.

"Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM," kata RTM dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu menjelaskan mengapa lagu puisi 'Aku Bukan Musuh Harta' karya bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dianggap tidak sesuai untuk siaran. Berita pengharaman lagu Dr Asri heboh diperkatakan minggu lepas apabila RTM membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta.

Sebelum ini ketika mengulas tindakan yang diambil oleh RTM itu, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.

"Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar," katanya.

"Aku Bukan Musuh Harta' adalah satu daripada lapan lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa, Aishah dan kumpulan baru Algebra.

Namun stesen radio dan televisyen swasta yang lain tidak mengharamkan lagu ini.

Antara lain lirik lagu yang tiba-tiba jadi kontroversi ini menyebut "Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan."

Tuesday, December 23, 2008

Bercakap menegakkan hudud jika PAS berkuasa - tidak perlu rasa tersilap taktik

Sudah pasti isu hudud antara isu yang akan dimainkan oleh UMNO/BN untuk mengkucar-kacirkan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam PRK Parlimen Kuala Trengganu. Apa yang jelas, jika sekiranya isu ini dimainkan sudah pasti UMNO akan masuk dalam perangkap yang dipasangnya sendiri..

Perangkap pertama yang akan mengena kepada UMNO ialah UMNO akan kalah dalam PRK Parlimen Kuala Trengganu. Orang Islam walau sejahil mana mereka, mereka tetap akan tahu menilai siapa yang mempermain dan mempersendakan hukum Allah. Sudah pasti Allah akan menghukum pihak yang mempermainkan hukum Allah ini melalui tangan-tangan pengundi.

Yang kedua UMNO dan penyokongnya yang ghairah menjolok isu hudud ini akan terperangkap dalam persoalan aqidah yang mampu menyebabkan mereka terbatal aqidah jika terlalu ghairah mencabar dan mempersendakan hasrat pihak yang ikhlas menegakkan hukum Allah. Berhati-hati .

Bagi PAS walaupun ditakdirkan kalah apatah lagi kalau menang, PAS tidak akan rugi apa-apa kerana memang pun hasrat PAS jika berkuasa akan melaksanakan hudud. Hal ini semua orang tahu. Malah DAP pun tahu. Kenyataan Dato Husam adalah jelas, jika PAS berkuasa.

Realiti hari ini apabila PAS berkuasa bermakna PAS menguasai dua pertiga Parlimen yang membolehkannya meminda Perlembagaan Persekutuan. Tetapi jika takdirnya Pakatan Rakyat memerintah, jika PAS tiba-tiba membawa cadangan pelaksanaan hukum hudud dan qisas dan tiba-tiba juga cadangan PAS itu mendapat sokongan dua pertiga apa pula hendak dibisingkan? Semua jenis parti politik ada di Parlimen dan mendapat sokongan dua pertiga pula ! Dalam system demokrasi salahkah PAS membawa usul tersebut? Sokong, jalan. Tak sokong sudahlah !

Tetapi dalam struktur politik hari ini secara munasabahnya bolehkah agaknya PAS dapat sokongan dua pertiga? Bilakah agaknya PAS boleh dapat sokongan dua pertiga. Dan yang paling penting bilakah agaknya PAS akan dapat menguasai dua pertiga Parlimen?

DAP tahu dan sedar kerana DAP mempunyai ramai pakar undang-undang, bahawa dalam keadaan struktur politik sekarang PAS tidak akan boleh melaksanakan hukum hudud tanpa sokongan dua pertiga walaupun PAS bertempik dan menjerit untuk melaksanakannya. Hendak melaksanakannya di Kelantan yang majoritinya Islam pun tidak mampu selagi tidak mendapat kebenaran Kerajaan Pusat. Ini DAP sangat tahu.

Perkara yang sebenarnya DAP takut hasrat PAS yang ikhlas ini, akan menarik minat masyarakat berbilang kaum dan akhirnya faham dan sedar kebaikan hukum hudud dan menyokongnya. Itu sahaja kerisauan DAP. Sebenarnya penentangan DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud lebih kepada persaingan politik bukan penentangan kemanusiaan.

Dari aspek lain pula kita tidak nampak munasabahnya DAP menentang pelaksanaan hukum hudud ini kerana PAS sentiasa memaklumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud dan qisas ini hanya kepada mereka yang berugama Islam. Kepada yang bukan beragama Islam mereka boleh memilih. Pilihlah mana-mana hukuman yang dirasakan boleh menguntungkan mereka , apa susahnya?

PAS tidak akan kacau orang bukan Islam, dan tidak pernah niat PAS untuk begitu, jika mereka mahu undang-undang konvensional seperti yang diperjuangkan oleh DAP. Rasanya PAS menghurmati tanggungjawab DAP tu. Tetapi adilkah DAP, jika PAS yang mahu membela umat Islam (PAS bukan parti Melayu , PAS parti Islam) di Malaysia untuk kebaikan di dunia dan akhirat ditegah pula oleh DAP ?

Sesungguhnya adalah zalim untuk menutup mulut PAS dalam menyatakan hasrat suci perjuangannya semata-mata kerana PAS sedang berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat. Dan semua faham dalam keadaan sekarang, yang mana PAS sedang berkongsi kuasa, PAS tak mampu untuk laksanakan hudud kerana tidak akan disokong oleh DAP. Adakah kerana PAS sedang berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR, maka PAS tidak boleh menyata dan mempertegaskan cita-cita perjuangannya yang menguntungkan semua jenis manusia dan mesti berubah ? Ini tidak adil, sebagaimana tidak adilnya PAS melarang DAP dengan Malaysian Malaysianya.

PAS sebenarnya tidak boleh bercakap untuk melaksanakan hukum hudud kerana akan menyinggung perasaan parti-parti Pakatan Rakyat. Jika begitu nampaknya biarlah PAS yang tersinggung asalkan sahabat-sahabatnya tidak tersinggung. Adilkah itu ?

Cara yang paling elok dan baik, YB Karpal dan YB Lim Kit Siang bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk mendapat penjelasan kenapa mesti hudud dilaksanakan kepada orang Islam . Itu adalah lebih baik.

Bagi PAS, parti itu tidak perlu rasa bersalah untuk menyatakan dan mempertegaskan hasratnya mengenai pelaksanaan hukum hudud pada bila-bila masa dan keadaan sekali pun. Pelaksanaan hukum hudud bukan isu politik tetapi tanggungjawab terhadap perintah Allah. Sesungguhnya jika hukum hudud dan qisas ini benar-benar difahami oleh seluruh rakyat berbilang kaum sudah pasti orang Cina yang paling awal akan memberi sokongan kerana hudud dan qisas mampu menjaga keselamatan harta mereka yang banyak dan nyawa mereka.

Monday, December 22, 2008

Tahniah GAPENA !

Selama ini kelihatan begitu tegar menentang dasar PPSMI adalah Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat dan Individu-individu berwibawa serta NGO-NGO bukan Melayu yang mempertahankan bahasa Ibunda mereka . Pihak-pihak lain hanya menentang secara senyap-senyap dan belakang-belakang sahaja.

Sejak akhir-akhir ini dengan tiba-tiba GAPENA bersuara. Tahniah GAPENA kerana kelihatan begitu tegas dan keras dalam pendirian menentang sebarang pelanjutan Dasar PPSMI di sekolah-sekolah demi memartabatkan kembali Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Amaran GAPENA akan menyaman kerajaan jika meneruskan PPSMI seperti yang dinyatakan oleh Ketua Satu GAPENA amat di sokong oleh seluruh pencinta bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Nampaknya GAPENA begitu garang sehingga memberi kata dua kepada Menteri Pelajaran Malaysia yang tidak perihatin dan tidak boleh diharap untuk menjaga dan mendaulatkan kembali bahasa Melayu itu.

Persoalannya, tanpa mengenepi keikhlasan GAPENA, kita yang benar-benar meletakkan harapan yang tinggi kepada GAPENA, tertanya-tanya sejauh manakah GAPENA akan bertahan dan konsisten dengan kegarangannya itu ? Perjuangan GAPENA dalam menghapuskan dasar PPSMI demi mendaulatkan kembali bahasa Melayu bukan mudah, malah ia baru bermula. GAPENA kelihatan mula membuat ancaman demi ancaman. Dan bagaimana pula sekiranya selepas ini, GAPENA berada di dalam situasi menerima ancaman demi ancaman. Berani dan bersediakah GAPENA ?

Siapakah calon PAS PRK Parlimen Kuala Trengganu ?

Siapakah calon PAS bagi PRK Parlimen Kuala Trengganu pada 17 Januari 2009 nanti ? Seperti orang lain saya juga tertanya-tanya dan teragak-agak. Dalam soal ini, saya juga seperti ahli-ahli jemaah lain akur dengan sebarang keputusan kepimpinan parti.

Namun demikian saya juga agak kecewa dengan beberapa kenyataan yang masih kedengaran mengenai persoalan 'calon luar'. Tidak terfikir dibenak fikiran saya, pemimpin atasan parti khususnya dari kalangan pemuda masih berfikiran seperti pemimpin dan ahli cawangan yang mungkin tidak berapa canggih dan global berpolitik. Kami di cawangan dan bahagian sering dinasihati oleh para pemimpin supaya akur dengan calon yang diputuskan oleh parti dan sebagai parti Islam kita jangan sekali-kali bersibuk dengan isu 'calon luar'. Itulah yang sering diingatkan kepada kami. Malang dalam PRK Kuala Trengganu nampaknya kita bersibuk dengan 'isu calon luar' yang menggambarkan betapa jemaah kita belum berfikiran global sebagaimana universalnya Islam itu sendiri. Dan lebih malang isu ini mula dicetuskan secara terbuka oleh orang nombor tiga pemuda.

Bayangkan jika Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan orang-orang Kelantan bersibuk dengan isu calon-calon luar, mampukah kita menghantar Ketua Pemuda kita yang terbukti sebagai salah seorang Ahli Parlimen terpuji dan berkualiti kita ke Parlimen Malaysia. Mampukah kita menghantar pejuang seperti Dr Hatta? Mampukah kita meletakkan Timbalan Presiden kita di Parlimen ? Untuk bersikap jujur dan ikhlas, contohilah kepimpinan dan ahli jemaah kita di Kelantan.

Ustaz Azman Sapawi seorang yang sangat berbakat dalam kepimpinan Pemuda. Bayangkan jika Ustaz Azman di lahirkan di Johor. Bagaimanakah caranya untuk kita membawa Ustaz Azman yang berbakat dan berkesan tu ke Parlimen bagi memperjuangkan Islam dan nasib rakyat jika kita masih berfikiran sempit dan menyempitkan fikiran kita dengan isu 'dia calon luar'? Fikirkan lah, sesungguhnya kita bukan UMNO, kita Jemaah Islamiah PAS !

Saturday, December 20, 2008

Kurang bukti pulak daahhh....

Kalau nak main rasuah masuk UMNO ? Susah ditangkap untuk didakwa kerana sentiasa kurang bukti. Tetapi awas kalau jadi ahli politik pembangkang kepada UMNO/BN buktinya cukup mudah dan tidak pernah berlaku kurang bukti !!
c
Kalau itulah caranya sampai bila-bilapun parti itu akan terus membarah dengan maksiat rasuah. Itulah Mahathir cakap berdegar-degar....itu semuanya politik Mahathir !
Seperti dilaporkan mStar online:
Politik wang: Kurang bukti Dr. Mahathir tidak dapat dedah nama

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak dapat mendedahkan senarai calon-calon Umno yang terbabit dalam politik wang berikutan kekurangan bukti.
"Saya perlu meneliti dakwaan itu. Banyak sangat dengar cakap.
"Mereka (perwakilan) boleh beri saya nama-nama itu tetapi tiada maklumat konkrit seperti di mana, berapa banyak dan lain-lain.


"Kita perlukan mereka yang berani untuk tampil dan mendedahkan. Setengahnya mengadu tetapi mereka tidak begitu berani untuk mendedahkan pesalah itu," katanya

Bulan lepas, Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden Umno telah berkata bahawa beliau akan mendedahkan nama-nama calon yang terbabit dalam politik wang menjelang pemilihan parti yang dijadual diadakan Mac tahun depan.

Katanya Umno, sebagai tulang belakang Barisan Nasional, boleh mewujudkan beberapa lembaga atau jawatankuasa untuk mengekang politik wang tetapi ia tidak akan berguna jika tiada "saksi yang berani untuk mendedahkan maklumat mengenai kesalahan itu".

"Kita perlu tangkap pesalah itu dan ia perlu dibuat tanpa keraguan yang munasabah.
____________
Piiiirah !!!

Friday, December 19, 2008

Pemikiran pemimpin yang tidak berintegriti

Langkah kerajaan Perak bercadang membeli Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi exco dan pegawai kanan kerajaan negeri telah mengkelam-kabutkan para pemimpin UMNO.

Calon Naib Presiden yang tidak jadi mencalonkan dirinya jawatan Timbalan Presiden sebaik pulang dari Mekah berkata, tindakan kerajaan Perak itu “sengaja tidak mahu menyokong projek kerajaan pusat, tak lebih dari itu”. Manakala ADUN kawasan Manong, Dato Ramly Zahari berkata tindakan itu sebagai ‘tidak patriotic’. Dan Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) Mohd Firdaus Abdullah mengatakan ‘tindakan tersebut sebagai mengkhianati negara’.

Dato Zahid Hamidi mengatakan sebagai tindakan yang sengaja tidak mahu menyokong projek kerajaan pusat. Dengan berkata demikian, juga bermakna Dato Zahid Hamidi menuduh Dato Ahmad Said Menteri Besar Trengganu juga tidak menyokong projek kerajaan pusat. Dato Ahmad Said lagi aggresif bukan membeli Toyota Camry tetapi membeli Mercedez Benz dan mempertikaikan Proton Perdana V6 tersebut secara terang-terangan dalam Buletin TV3 apabila di wawancara oleh wartawan.

Apakah benar dengan membeli Mercedez Benz, Menteri Besar Trengganu yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Trengganu, boleh dikatakan seorang pemimpin negeri yang tidak menyokong projek Kerajaan Pusat ? Jika Dato Ahmad Said menjawab tidak, apakah Dato Seri Nizar Menteri Besar Pakatan Rakyat ya, benar tidak menyokong projek kerajaan pusat kerana hanya dia Menteri Besar dari pakatan pembangkang di peringkat kebangsaan ? Bagaimana pula dengan Menteri Besar Pahang yang juga bersetuju dan mengakui bahawa kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 tersebut memang tinggi. Adakah MB Pahang itu juga boleh dianggap tidak menyokong projek Kerajaan Pusat?

Dan apakah rakyat yang memiliki kereta Proton sahaja dianggap menyokong projek Kerajaan Pusat dan rakyat yang memiliki kereta jenis lain selain proton dianggap tidak menyokong projek Kerajaan Pusat? Apa yang hendak dikatakan kepada penyokong UMNO yang berlambak yang mempunyai kereta bukan dari jenis proton?

Sedih juga kita apabila melihat begitu naifnya pemikiran seorang menteri persekutuan terhadap sebuah kerajaan negeri yang secara ikhlas mahu melaksanakan dasar berjimat dan menghapuskan pembaziran, yang sepatutnya disokong oleh menteri tersebut kerana dia seorang menteri agama!

Tuduhan yang mengatakan langkah menggantikan Proton Perdana V6 Executive kerana kos penyelenggaraan yang tinggi dianggap sebagai tidak patriotic, lagi mengambarkan betapa mengarutnya pemikiran seorang ADUN Melayu. Inilah cara berfikir ahli politik Melayu zaman kini yang mengakibatkan banyak jati diri Melayu rosak dan punah. Berfikir secara bersepah tanpa asas pegangan jati diri yang kukuh.

Patriotisme bermaksud mencintai negara dengan sepenuh hati dengan semangat yang kuat. Nampak pada minda ADUN Manong, membiarkan negara atau negeri ditadbir dalam suasana yang penuh dengan rasuah dan pembaziran lebih patriotic daripada usaha mengelakkan pembaziran dan kerugian berterusan wang rakyat yang diamanahkan.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna, Mohd Firdaus agaknya kerana terlalu ghairah mahu mengampu, gagal berfikir secara rasional dan berintegriti apa yang dihebuhkan oleh Menteri Besar Trengganu, Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Perak dan baru-baru ini Menteri Besar Kedah. Begitu malang kerana Mohd Firdaus begitu gagal melihat bahawa kos penyelenggaraan kereta jenis Proton Perdana tersebut terlalu tinggi dan begitu membazirkan wang. Sepatutnya kenyataan beliau sebagai Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna adalah; mana-mana kerajaan negeri yang menggunakan kereta jenis Proton Perdana V6 Executive yang terbukti kos penyelenggaraan yang mahal dan membazir itu adalah sebenar-benarnya mengkhianati negara !

Inilah antara gaya berfikir pemimpin kita, banyak beretorik dari berfikir secara berintegriti dan bermoral.

Kenapa ya...tiba-tiba ditangguhkan ?

Tiba-tiba sahaja Dato Najib tangguhkan pemilikan IJN oleh Sime Darby dengan alasan kerana menerima begitu banyak komen dan pandangan yang bebagai-bagai dari pelbagai pihak. Maka itu pengambil-alihan itu perlu dibuat kajian mendalam.
Inilah stail kepimpinan UMNO/BN perlu buat kajian mendalam selepas menerima komen, kritik dan pandangan pelbagai pihak ! Rupa-rupanyanya cadangan pengambilan IJN oleh Sime Darby itu tidak pernah ada sebarang kajian mendalam pun ? Setelah semua orang bising baru nak buat kajian ! Bagaimana kalau ahli masyarakat tidak bising ? Jangan harap kajian mendalam itu akan dilakukan ! Prihatinkah ini namanya ?
Kita masih ingat lagi sebelum Pilihanraya ke 12 dulu jaminan yang diberi begitu kuat bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan. Tetapi sebaik selepas pilihanraya, melambung harga minyak dinaikkan oleh Pak Lah. Maka terkedu rakyat yang mengundi UMNO/BN.
Apakah penangguhan ini juga mempunyai cerita yang serupa ? Bagaimanakah nasib IJN selepas pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu nanti agaknya ?

UMNO telah meminggirkan Bahasa Melayu -Hassan Ahmad

(Di sini saya petik kembali keseluruhan wawancara Suara Keadilan (SK) 17-24 Dis 2008 dengan Tokoh Pejuang Bahasa Melayu yang juga bekas Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Hassan Ahmad (HA)untuk menjadi renungan bersama)

SK: Apakah kesan dasar kerajaan terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sejauh mana penghakisan statusnya sebagai bahasa rasmi ?

HA: Setiap rakyat Malaysia mesti tahu bahawa Bahasa Melayu adalah salah satu daripada bahasa yang termaju di dunia sejak 1,000 tahun dahulu. Ia adalah antara lima sahaja bahasa ibunda di dunia sekarang yang dijadikan bahasa rasmi negara isitu bahasa-bahasa Inggeris, Cina, Hindi dan Sepanyol, dan Bahasa Melayu dituturkan oleh lebih 280 juta penduduk di seluruh dunia.
Saya kesal kerana dasar kerajaan sejak tahun 1990an terutamanya pemimpin UMNO telah meminggirkan bahasa Melayu. Ini kerana pemimpin Melayu yang membuat dasar sedemikian tidak cerdik dan sebab itu mereka tidak menentang apabila pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik ditukar daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris.
Ini telah memberi kesan yang amat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pemimpin Melayu yang ada sekarang tidak ada ‘sense of proportion’ kerana mereka hanya akan terpekik terhadap isu-isu kecil tetapi membisu berhadapan isu besar dan kritikal.
Mereka tidak berpandangan jauh ke hadapan dan tidak mampu berhujah mempertahankan sesuatu isu yang mempunyai kepentingan Melayu secara bijak berdasarkan fakta dan sejarah.
Pendek kata kita tidak ada pemimpin Melayu yang kredibel, professional, intelektual dan bijaksana.

SK: Mengapa situasi ini berlaku ?

HA: Mereka buta sejarah. Bangsa Melayu sudah bernegara sejak abad ke 14, kalau berdasarkan sejarah era Islam dan lebih 1,000 tahun kalau dikira daripada Empayar Srivijaya. Pemimpin UMNO kata kita sebagai sebuah bangsa telah merdeka sejak 50 tahun dahulu, pendapat ini amat salah kerana Melayu sudah ada kerajaan dan negara sejak lebih 10 kurun dahulu.
Kita dijajah oleh tiga bangsa Eropah iaitu Portugis, Belanda, Inggeris secara terus menerus tetapi system raja Melayu kekal, bahasa, budaya dan sastera Melayu masih unggul. Kita tidak menjadi seperti kaum Red Indian di Amerika. Fakta ini sahaja membuktikan ada sesuatu kekuatan luar biasa dalam budaya Melayu.
Keadaan haru biru sekarang berlaku kerana pemimpin Melayu bukan lagi pemimpin yang berjiwa Melayu yang membawa bangsa kearah kemajuan. Ide mereka bercampur aduk dengan konsep pasca colonial seperti sistem pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Dasar pendidikan kita mengamal dasar berpecah di mana kita ada sekolah kebangsaan, Inggeris, Cina dan Tamil. Inilah yang menybebakan jurang perkauman bertambah lebar.

SK: Jadi apa yang patut kita lakukan ?

HA: Kita mesti kembalikan kemuliaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Sebab itu kita namakan ia sebagai bahasa kebangsaan selepas merdeka kerana kita mahu ia menjadi bahasa untuk kepentingan negara bukan perkauman hatta bangsa Melayu sekalipun. Kita mesti tolak mana-mana kelompok yang memperjuangkan kepentingan kaum semata-mata samada ada Melayu, Cina atau Tamil. Yang penting hanya agenda nasional, lain daripada itu kita mesti tolak. Di sebabkan pelaksanaan yang lemah kerana pemimpin lebih mementingkan poltik perkauman masing-masing kita ubah satu system yang baik. Hasilnya wujudlah dasar seperti Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menurut satu kajian akan memberi kesan amat buruk kepada lebih 500,000 pelajar Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan di kawasan pedalaman dan kampung.

SK: Apa pendapat Datuk mengenai dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan dan juga pendekatan Pakatan Rakyat dalam isu Bahasa Melayu ?

HA: Walaupun saya bukan orang Pakatan Rakyat tetapi saya bersetuju dengan dasar beliau yang mempertahankan bahasa kebangsaan sebagai asas pembentukan negara bangsa Malaysia dan juga asas kepada institusi kebangsaan lain seperti system beraja, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Dalam pada itu Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua hendaklah diajarkan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa itu harus diperbaiki supaya anak-anak kita mahir bagus dalam bahasa itu. Yang kita tolak bukan Bahasa Inggeris tetapi kita tolak gaya bahasa yang kembali ke arah bahasa penjajahan. Umpamanya jika pemohon jawatan di sector swasta tidak layak mendapat kerja sebab tidak fasih bertutur Bahasa Inggeris maknanya bahasa itu sudah menjajah atau menjadi bahasa penjajah di negara ini. Kita menggunakan Bahasa Inggeris sebagai alat membantu mencari ilmu dan selepas mendapat ilmu itu kita terjemahkanlah ia ke dalam bahasa kita.

SK: Bagaimana pula dengan masa depan Bahasa Melayu ?

HA: Dari segi geografi, budaya dan politik, Bahasa Melayu sukar hendak musnah tetapi di Malaysia, Bahasa Melayu nampaknya bakal menjadi bahasa kedua dalam proses pembangunan negara, setakat menjadi bahasa perpaduan sahaja. Kita menentang trend ini. Dalam arus pembangunan negara Bahasa Melayu hanya akan jadi bahasa biasa, bahasa rojak dan bahasa pasar.
Akhirnya orang Melayu tidak pandai dalam bahasanya sendiri, kita jadi seperti Jamaica, Papua New Guinea dan Haiti. Jika kita tengok bagaimana menteri Melayu menjawab kalau disoal dalam Bahasa Melayu oleh wartawan.
Dia akan menjawab dalam Bahasa Inggeris atau bercampur-campur, bermakna dia tidak dapat berfikir dalam bahasanya sendiri. Jadi orang Melayu menjadi bangsa yang tidak mampu berfikir secara kreatif.
Kita lihat sahaja kepada ribuan peribahasa Melayu yang ada. Setiapnya mempunyai ilmu dan mesej yang dalam yang diwariskan oleh orang Melayu dahulu, Melayu yang tidak belajar bahasa Inggeris, tetapi mampu menghasilkan pemikiran yang amat tinggi.
Bahasa Melayunya tidak salah dan tatabahasanya tepat. Misalnya “alah membeli menang memakai”, konsep Melayu mengenai konsumerisme yang hebat disampaikan secara halus dan berseni.
Malangnya system pendidikan kita tidak mengajar budaya bahasa, Cuma mengajar tatabahasa Bahasa Melayu. Orang Melayu sudah tidak mahir lagi memahami secara kiasan peumpamaan simbolik.
Sebab itu ada di antara mereka dalam Parlimen hanya pandai maki hamun. Tidak ada yang keluar daripada mulut mereka kata-kata berhikmah kerana mereka tidak lagi guna Bahasa Melayu sebagai bahasa pemikiran.

SK: Mengapa UMNO mengambil sikap dan mengamalkan dasar yang merugikan Bahasa Melayu ?

HA: UMNO ubah dasar bahasa pengantar atas tiga alasan yang saya anggap melucukan dan bodoh. Pertama, kalau hendak maju dalam Sains dan Matematik, mesti belajar dalam Bahasa Inggeris bukan Bahasa Melayu. Ini menghina bahasa dan bangsa Melayu. Negara Cina maju dalam bahasanya, menghantar angkasawan mereka dengan roket dalam Bahasa Cina, Rusia pun sama. Jepun maju dalam bahasa mereka sendiri. Ini adalah bukti yang menolak teori UMNO.
Kedua, kalau hendak mahir Bahasa Inggeris belajarlah melalui Sains dan Matematik. Sepatutnya belajar matametik tidak perlu sebarang bahasa khususpun. Saya bertemu ramai pemegang ijazah PhD yang balik dari Amerika, belajar Matematik dan Sains tetapi cakap Bahasa Inggeris pun berterabur.
Ketiga, ada menteri UMNO cakap apa hendak dibisingkan sangat hanya pasal dua mata pelajaran sahaja. Yang mereka tidak sedar dan jahil sebenarnya sejumlah 89 subjek yang berasaskan Sains dan Matematik terlibat dalam perubahan dasar ini.
Kalau ini dibiarkan terus berlaku Bahasa Malayu tidak lagi akan menjadi bahasa ilmu.

IJN yang akan diambil alih oleh Sime Darby tidak akan membantu golongan berpendapatan rendah.

Apakah jaminan IJN yang akan dimiliki oleh Sime Darby akan membantu golongan berpendapatan rendah ? Syarikat swasta manakah yang akan mengenepikan keuntungan atau tidak akan mengambil kira keuntungan dalam memberi perkhidmatannya kepada apa yang dianggap pelanggan olehnya? Syarikat swasta manakah yang tidak akan mengambil kira kos pengurusan dalam memberi perkhidmatan kepada pelangannya dalam keadaan bilangan pesakit yang semakin bertambah yang memerlukan rawatan yang berkualiti ? Semua persoalan-persoalan tersebut menerjah bertalu-talu dalam fikiran kita.
Apakah jaminan Bakal Perdana Menteri Malaysia boleh dipegang ? Bakal Perdana Menteri Malaysia itu pernah menjanjikan perkhidmatan yang cekap dan terbaik tetapi bakal Perdana Menteri Malaysia itulah yang pernah melanggar prosedur pembentangan belanjawan tambahan di Parlimen sehingga ianya kemudiannya ditolak oleh Speaker untuk tidak dibahaskan.
Apakah jaminan Menteri Kesihatan boleh dijadikan sandaran ? Jika jaminan bakal Perdana Menteri sukar dipegang, apakah mudah untuk kita mempercayai jaminan Menteri Kesihatan ? Payah !!
Dalam hal ini MCA kelihatan tidak bersetuju IJN diswastakan. Begitu juga dengan Pakatan Rakyat. Tetapi yang jelas belum berbunyi ialah parti yang konon katanya pembela Melayu.
Apa yang pasti jika IJN dimiliki oleh syarikat swasta, IJN tidak akan lagi membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah. Confirm !!

Friday, December 12, 2008

Ingatkan pemikiran seorang negarawan okay, rupanya terukk !

Konon ceritanya banyak sudah tempat dalam dunia yang dia lawati Sepanyol, Portugis, Amerika Selatan, Peru, Cuba, Jerman, Perancis, Cina, Korea, Jepun, Rusia, Siam, dan lain-lain tetapi inilah tahap pemikiran seorang negarawan. Bekas ahli UMNO nombor satu!

"Rakyat Malaysia dikhuatiri hanya akan menerima ilmu yang terhad jika tidak mempelajari bahasa Inggeris yang kini menjadi bahasa ilmu di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad."

Agaknya, sebelum Mahathir melaksanakan dasar PPSMI sesungguhnya ramai orang Melayu bodoh-bodoh belaka kerana terhad ilmu kecuali Mahathir dan kawan-kawannya yang sama kiblat dengannya !!! Bagi Mahathir, akan datang orang Melayu juga akan jadi bodoh kerana terhad ilmu sebab tidak kuasai bahasa Inggeris. Dulu orang-orang barat ambil ilmu dari tamadun Islam, tidak pun negara barat mengadakan Dasar ala-PPSMI di negara mereka yang memaksa seluruh rakyat mereka belajar bahasa Arab ! Di Jepun mana ada dasar ala-PPSMI untuk Jepun kuasai teknologi barat. Mengarut! Tun Mahathir agaknya/sebenar (?) bimbang kerana mungkin anak cucu dia tidak begitu bagus bahasa Melayu untuk belajar sains dan matematik.
"
Beliau berkata, sumber-sumber mengenai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terhasil begitu pantas dan masyarakat tidak mempunyai pilihan selain menggunakan bahasa itu untuk mendapatkan ilmu berkaitan kedua-dua bidang itu.
"
Kesian juga pada Tun gagal memahami konsep pembelajaran. Yang paling penting dipelajari ialah asas ilmu, konsep ilmu, teori tentang ilmu yang tidak berubah sepantas itu, yang bergerak pantas itu kerana inovasi dan kreativiti. Tak kan untuk berinovasi dan berkreativiti, dalam bahasa Inggeris sahaja yang boleh, bila dalam bahasa lain jadi buntu !?
"
Kalaupun sumber ilmu yang dikatakan itu terlalu pantas, ia tidak menghalang jika negara mempunyai penterjemah yang cukup dan cekap. Masalahnya apakah dasar negara dan sikap pemimpin UMNO/BN terhadap aktiviti dan proses penterjemahan ilmu. Apa dah jadi dengan Institut Terjemahan Negara ? Perkasakan kembali Dewan Bahasa Dan Pustaka. Perkasakan kedua-dua institut ini segera! Berikan peruntukan yang besar untuk kerja-kerja penterjemahan demi kepentingan ilmu rakyat jelata, bukan membazir wang rakyat kepada ahli keluarga dan satu dua kroni sahaja. Jangan musnahkan dan bakul sampahkan istilah-istilah sains dan teknologi yang telah bertimbun dalam khanazah bahasa Melayu itu!!
"
"Apabila kita menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di negara ini, tidak bermakna kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi patriotik atau hilang kerakyatan kita.

Inilah dia, kalau orang kata mengarut, dia marah. Siapa kata apabila kita menerima bahasa Inggeris kita tidak lagi patriotik atau hilang kerakyatan ? Siapa yang kata ? Tidak ada orang yang kata pun, hanya Tun yang kata. Memang kita perlukan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi bukan dengan cara yang dilakukan mengikut pemikiran dan cara Tun yang salah itu. Cara ini salah dan sangat merugikan!!! Dia akan menjadi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
"
"Hari ini penyelidikan dan kertas kajian dalam bidang-bidang itu dihasilkan dengan begitu pantas dan kita sudah tiada masa untuk menterjemahkannya kalau tidak kita akan ketinggalan.

Yang Tun Mahathir takut sangat ketinggalan ini, ketinggalan dari aspek mana ? Ketinggalan dari aspek kemanusiaan ? Amerika Sayarikat dan Britain orang yang paling pandai Bahasa Inggeris, paling teruk dari aspek kemanusiaan. Sering membuli negara miskin, menyerang negara Islam, menggalakkan keganasan Yahudi Israel, membunuh orang awam Islam di Iraq dan Afghanistan dan macam-macam lagi. Dan sekarang ini orang yang paling pandai bahasa Inggeris itu sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk.

Takut ketinggalan dari aspek teknologi ? Negara yang paling pandai teknologi sekarang antaranya adalah Jepun dan Korea ? Sepatutnya sains dan matematik diajar dalam bahasa Jepun atau Korealah. Kenapa pula di ajar dalam bahasa Inggeris?
"
"Adalah tidak adil kepada generasi kita untuk menyekat mereka daripada menuntut bahasa Inggeris apabila kita sendiri sudah berjaya menuntut dan mendalaminya sebelum mereka," katanya.
"
Sekali lagi, kalau orang kata mengarut mungkin dia marah. Siapakah yang hendak sekat generasi kita daripada menuntut bahasa Inggeris ? Siapa ? Adakah dengan memansuhkan dasar PPSMI itu maknanya menyekat generasi kita daripada belajar bahasa Inggeris ? Teruknya tahap pemikiran seorang negarawan ! Semoga Hishamuddin tidak berfikir seperti Tun, terukk !
"
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online:

Ilmu terhad jika tidak dalami bahasa Inggeris - Dr. M

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Rakyat Malaysia dikhuatiri hanya akan menerima ilmu yang terhad jika tidak mempelajari bahasa Inggeris yang kini menjadi bahasa ilmu di seluruh dunia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, keadaan yang sama akan berlaku jika pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak diteruskan di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Beliau berkata, sumber-sumber mengenai sains dan matematik dalam bahasa Inggeris terhasil begitu pantas dan masyarakat tidak mempunyai pilihan selain menggunakan bahasa itu untuk mendapatkan ilmu berkaitan kedua-dua bidang itu.

"Hari ini penyelidikan dan kertas kajian dalam bidang-bidang itu dihasilkan dengan begitu pantas dan kita sudah tiada masa untuk menterjemahkannya kalau tidak kita akan ketinggalan.

"Satu pilihan untuk kita tidak ditinggalkan adalah menggunakan sumber sedia ada walaupun ia dalam bahasa Inggeris. Oleh itu kita perlu memahirkan diri kita mendalami bahasa itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Program Bahasa Inggeris dan Asia: Persidangan Antarabangsa Pertama Bahasa dan Linguistik anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, memberi penekanan terhadap mendalami bahasa Inggeris tidak bermakna masyarakat terpaksa meminggir atau melupakan bahasa Melayu.

"Apabila kita menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu di negara ini, tidak bermakna kita sebagai rakyat Malaysia tidak lagi patriotik atau hilang kerakyatan kita.

"Adalah tidak adil kepada generasi kita untuk menyekat mereka daripada menuntut bahasa Inggeris apabila kita sendiri sudah berjaya menuntut dan mendalaminya sebelum mereka," katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, beliau tiada kuasa untuk menghalang sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi PPSMI.

"Saya nak buat macam mana lagi, saya bukan berkuasa lagi. Saya sudah pertahankan (PPSMI) sebelum ini," katanya.

Thursday, December 11, 2008

Kerajaan UMNO/BN jelas tidak serius.

Pelik, bila memikirkan cara kerajaan UMNO/BN berusaha memulihkan integriti mereka. Mereka melakukannya dengan cara yang tidak bersungguh-sungguh, tidak ikhlas dan macam takut-takut.
Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 yang dibaca kali pertama oleh Perdana Menteri melakarkan suatu gambaran yang sama sekali tidak telus dan tidak menunjukkan makna integriti yang sebenarnya. Berintegritikah ini apabila rang undang-undang seperti yang dibentang semalam meletakkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman berada di bawah kuasa seorang Perdana Menteri?
Fakta ini dapat dilihat berikutan suruhanjaya tersebut dianggotai Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Malaya dan Sabah dan Sarawak yang kesemuanya dilantik atas nasihat Perdana Perdana Menteri. Manakala ahli-ahli suruhanjaya tersebut yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik Perdana Menteri dan empat ahli utama yang lain juga dilantik oleh Perdana Menteri. Ini apa ceritanya ni ?
Jika itu struktur perlantikannya apa jaminan bahawa Perdana Menteri tidak akan menggunakan pengaruhnya dalam perlantikan hakim-hakim berkenaan. Keadaan ini sudah kelihatan tidak berintegriti. Dan suruhanjaya ini sudah semestinya tidak dapat melakukan tugas dengan baik.
Sebab itu jika ada kalangan rakyat yang menuduh pembentangan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman, Suruhanjaya Aduan Khas (Polis ) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanya sandiwara politik, jangan marah. Ini adalah kerana rakyat yang ramai sudah cerdik dan pandai mampu menilai bahawa apa yang dilakukan oleh Pak Lah melalui kerajaan UMNO/BN nya dilihat tidak berintegriti ! Dan ini tidak akan menyelesaikan masalah Malaysia yang kian hilang integriti di kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Bilalah UMNO/BN ni nak insafff!!!

Saturday, December 06, 2008

'Pertempuran' akan berlaku lagi, kali ini di KT

'Pertempuran' akan berlaku lagi. Dulu di Parlimen Permatang Pauh kini di Parlimen Kuala Trengganu. Di Permatang Pauh UMNO bertempur dengan PKR. Di Kuala Trengganu UMNO akan bertembung dengan PAS.
Pilihanraya kecil ini dia adakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali bin Ismail. dari UMNO/BN. Sudah pasti pilihanraya kecil ini akan menyaksikan satu pertandingan yang hebat di mana kedua belah pihak sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan berusaha mencapai kemenangan.
Bagi UMNO desas desus kuat menyatakan bahawa Senator Datuk Wan Ahmad Farid akan bertanding manakala di pihak PAS, Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju sekiranya Tn Hj Mat Sabu diletakkan sekali lagi sebagai calon PAS. Namun kata Tuan Guru itu hanya pandangan peribadi beliau dan segala keputusan muktamad akan ditentukan oleh Mesyuarat PAS pusat.
Pada pilihanraya Mac 2004, parlimen Kuala Trengganu di menangi oleh Datuk Razali Ismail dari UMNO (32562) mengalahkan Tn Hj Mat Sabu dari PAS (31834) dan Maimun Yusof atau Tok Mun dari Bebas (685).
Persoalan yang menarik, siapakah yang akan memenangi pilihanraya ini yang akan berlangsung pada 17 Januari 2009 nanti. Pandangan peribadi, diyakini bahawa jika Tn Hj Mat Sabu bertanding, beliau dijangka akan memberi tentangan yang hebat dan dijangka mampu memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Trengganu nanti.
Hanafi Mamat dari parti AKIM sudah menawar diri untuk bertanding. Bagaimana pula dengan Tok Mun agaknya ?

Mansuhkan Akta Zalim ISA


Friday, December 05, 2008

Orang Melayu mesti belajar berpolitik dengan orang Cina

Apa hebatnya politik kaum Cina ? Sebenarnya tidak ada hebatnya politik kaum Cina. Cuma kaum Cina berpolitik secara jujur, berintegriti dan berkredibiliti terhadap jati diri dan survival bangsa mereka. Itu sahaja kelebihan mereka berbanding cara kaum Melayu berpolitik. Mereka benar-benar dan bersungguh-sungguh menjaga hak dan survival kaum mereka. Mereka menjaga ekonomi mereka secara telus. Mereka menjaga bahasa mereka. Mereka menjaga kepentingan kamu mereka. Jika pemimpin mereka merasakan mereka tidak mampu, mereka silih berganti meletak jawatan. Parti-parti politik kaum mereka silih berganti menjaga kepentingan kaum Cina tanpa menjadikan ideologi politik masing-masing sebagai halangan.
Kaum Melayu ? Semenjak Mahathir memerintah kepentingan kaum Melayu semakin terhakis. Orang mungkin menyanjung Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri yang cemerlang. Bagi saya tidak. Mahathir mungkin cemerlang untuk dirinya tidak untuk kaum Melayu. Orang mungkin berkata semenjak Mahathir memerintah kaum Melayu semakin senang dan semakin kaya. Benarkah begitu ? Cuba kaji balik siapa yang senang dan siapa yang kaya itu? Di bandar-bandar kita masih sukar melihat kedai-kedai kaum Melayu. Keadaannya lebih kurang sama dengan zaman sebelum Mahathir memerintah. Kalau ada orang kata, mana pula tiada perubahan, sebenarnya sudah ada sedikit perubahan. Walaupun tak banyak tapi sudah ada kelihatan kedai-kedai kaum Malayu di bandar-bandar. Janganlah nafikan langsung.
Kita sebenarnya mesti bersikap ikhlas dan realistik, apakah selama 22 tahun memerintah Mahathir dan UMNOnya hanya mampu melahirkan hanya sedikit kedai-kedai Melayu di bandar-bandar sudah boleh dianggap satu kecemerlangan. Kalau inilah standard penilaian kaum Melayu, kaum Malayu itu sebenarnya bersikap sentimental dan sampai bilapun keadaan kedai-kedai kaum Melayu di bandar-bandar tetap akan macam itu, sedangkan kek ekonomi semakin membesar. Jadi apa lebihnya zaman Mahathir ?
Di sambung pula oleh zaman Abdullah, keadaan menjadi semakin teruk. Peluang ekonomi orang Melayu agak terbatas dan terhad. Baru dua minggu lepas Tan Seri Rahim Tambi Chik menyatakan pencapaian ekuiti orang Melayu hanya dalam sekitar 18 peratus lebih sahaja sehingga tahun 2008. Orang Melayu diam seribu bahasa, senyap tidak terkata.
Apakah ertinya itu, sedangkan kaum Melayu konon katanya mempunyai kuasa politik yang mantap semenjak 51 tahun merdeka ?
Kita tengok apabila Muhkriz Mahathir mahu mencadangkan sekolah satu aliran, semua kaum Cina sama ada parti politik dan juga NGO mereka menentang. Dalam cadangan itu sudah tentu akan ada jaminan dari Mukhriz untuk menjaga kepentingan dan jati diri kaum Cina tetapi kaum Cina mana yang akan percaya dengan jaminan Mukhriz dan UMNOnya itu ? Politik kaum Cina bukan politik ekperimen tetapi politik survival. Kaum Cina tahu jika mereka bermain politik ekperimen, mereka akan hilang jati diri seperti orang melayu yang semakin hilang jati diri mereka.
Bagi kaum Melayu pula mereka sering membenarkan pemimpin mereka (UMNO) berekperimen dalam berpolitik. Akhirnya tulisan Melayu (jawi) sudah berkubur. Ekonomi Melayu masih bernyawa ikan. Akidah orang Melayu sudah berderu yang hanyut. Dan kini Bahasa Melayu bakal berkubur jika PPSMI diteruskan. Jika begini apakah survival bangsa Melayu akan terus terjamin ? Kaum Melayu yang terlalu menyokong UMNO dan BN sila tanya diri mereka masing-masing.
Sebelum PPSMI dilaksanakan hanya mungkin bahasa Inggeris sahaja yang bermasalah bagi pelajar-pelajar Melayu. Tapi kini kita lihat betapa ruginya bangsa Melayu semenjak PPSMI dilaksanakan. Bahasa Inggeris pelajar-pelajar Melayu tetap tidak ke mana. Bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu semakin hancur. Sains dan Matematik anak-anak Melayu kian tenat dan terus hilang daya saing. Bagi kaum Cina walaupun dasar PPSMI dilaksanakan mereka tetap menuntut sejumlah waktu untuk sains dan matematik diajar dalam bahasa mandarin dan mereka dibenar. Sedang anak-anak Melayu belajar sains dan matematik 100% dalam bahasa Inggeris. Inilah kebijaksanaan kaum Cina berpolitik.
Walau apapun yang terjadi asalkan UMNO yang buat walaupun ianya menyusah dan merugikan survival dan jati diri bangsa, kaum Melayu terus memuji memuja secara tidak rasional sebuah parti politik Melayu yang telah membawa negara ini merdeka dari penjajahan British. Sikap sentimental inilah menjadi menjadikan orang Melayu lemah di negara sendiri. Kaum Melayu kelihatan berhempas pulas mahu menjaga UMNO dari menjaga survival kaum Melayu itu sendiri. Hakikat yang sepatutnya, UMNO yang menjaga survival kaum Melayu. Politik terbalik dan mengenang jasa membabi buta menjadi amalan kaum Melayu.
Lihat orang Cina, MCA membawa mereka bersama kaum lain dalam perjuangan kemerdekaan dan kewarganegaraan secara jus soli, tetapi hari ini MCA itulah yang ditolak oleh majoriti kaum Cina kerana MCA lemah dalam menjaga survival kaum mereka. Kaum Cina cukup sedar, permainan politik hari ini bukan permainan politik sentimental dan mengenang jasa, jika mahu jati diri dan survival mereka terjamin.
Adalah diyakini jika minda politik umat Melayu tidak berubah untuk belajar cara berpolitik kaum Cina, UMNO akan terus menerajui sebuah pemerintahan yang akan mengancam jati diri dan survival umat Melayu itu sendiri. Yakinlah kerana realiti dan fakta yang ada pada hari ini membuktikan segala-galanya.

Sunday, November 30, 2008

Ketuanan Melayu ?

UMNO sering memainkan isu Ketuanan Melayu. Malah sejak dari dahulu lagi UMNO sering melaungkan isu ini.

Apakah makna ketuanan Melayu? Menurut pengertian yang mudah di fahami semua, mungkin maksudnya ialah orang-orang Melayu adalah tuan di negara ini, orang Melayu paling berkuasa di negara ini, orang Melayu paling berjaya di negara ini, orang Melayu paling selesa di negara ini, orang Melayu paling selamat di negara ini, orang Melayu paling terbela di negara ini, bahasa Melayu menjadi perdana dalam segala hal di negara ini dan seumpamanya. Jika itu maknanya, sebagai seorang Melayu saya sangat gembira dan itulah saya mahu, tanpa mengenepikan pembelaan terhadap bangsa dan kaum lain seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Tetapi apabila saya merenung keadaan orang Melayu dari pelbagai segi, pelbagai keadaan dan di pelbagai kedudukan, saya tidak teragak-agak untuk mengatakan UMNO sebenarnya tidak serius dalam menjaga ketuanan Melayu. UMNO sebenarnya beretorik dalam isu ketuanan Melayu dan UMNO sebenarnya sentiasa menjadikan isu ketuanan Melayu sebagai isu politik demi survival mereka. UMNO hari ini sering berbohong dan memperbodohkan orang-orang Melayu dengan isu ketuanan Melayu demi golongan UMNOPUTRA mereka. Inilah UMNO sebenarnya.

UMNO sering mendakwa memperjuangkan dan membela ketuanan Melayu. Setelah 51 tahun merdeka apakah ini benar? Cuba kita renung fakta-fakta di bawah.

1. Tidak usah untuk mencapai sasaran 50% ekuiti Melayu dalam sektor ekonomi, untuk mencapai 30% pun masih gagal. Bayangkan dalam tempoh 51 tahun ini hanya mencapai 19% sahaja.
2. Apa yang telah dilakukan oleh UMNO kepada kuasa Raja-raja Melayu di zaman pemerintahan Mahathir dahulu?
3. Biasiswa kepada Bumiputra yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia telah ditukar tanpa persetujuan orang-orang Melayu menjadi pinjaman.
4. Bahasa Melayu telah dilemahkan peranannya dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang pendidikan melalui Dasar PPSMI.
5. Begitu ramai orang-orang Melayu dihalau dari kampung-kampung setinggan kerana faktor pembangunan ekonomi, yang dahulunya Tun Razak dan Dato Harun telah memperjuangkan penempatan orang-orang Melayu di bandar-bandar dan kota.
6. Menindas negeri-negeri Melayu yang diperintah oleh bukan UMNO seperti apa yang berlaku di Kelantan, Trengganu dan baru-baru ini pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan Kedah mengenai isu babi.
7. Menghalang kerajaan Kelantan sebuah kerajaan Melayu melaksanakan Hudud dan menuduh hudud yang hendak dilaksanakan tu sebagai Hudud PAS.
8. Menjadikan royalti minyak negeri Trengganu sebuah negeri Melayu sebagai wang ihsan.
9. Menghilangkan kuasa politik orang Melayu dengan melakukan persempadanan semula yang tidak menguntungkan apa yang dikatakan ketuanan Melayu yang kononnya UMNO perjuangkan.
10.JatuhnyaPulau Batu Putih kepada Singapura. Yang dahulunya terlepasnya Singapura itu sendiri kepada Lee Kuan Yew.

Kalau hendak dikemukakan fakta bahawa UMNO bukan pembela dan penjaga ketuanan Melayu memang terlalu banyak. Sebab itulah bagi saya, jika itulah yang dikatakan pembelaan kepada ketuanan Melayu, baik tak payah. Orang Melayu semakin mundur, semakin ramai miskin negara sendiri semenjak UMNO mendominasi pemerintahan Malaysia. Yang terus kaya raya ialah golongan dan kaum elit UMNOPUTRA ! Inilah realitinya!

Oleh yang demikian diharap para pemimpin UMNO jangan berbohong lagi mengenai isu ketuanan Melayu. Dan kita tidak seharusnya tertipu berkali-kali dengan apa yang UMNO lakukan kerana UMNO sebenarnya belum insaf-insaf lagi.

Friday, November 28, 2008

SU UMNO amaran Tun Mahathir ?

Setiausaha Agung UMNO berkata, UMNO akan mengambil tindakan kepada pihak yang membuat laporan palsu berhubung penggunaan politik wang dalam pemilihan peringkat cawangan dan bahagian UMNO baru-baru ini. Katanya tiga suku daripada 900 hingga 1000 aduan politik wang yang diterima adalah palsu.
Itulah UMNO, dia sendiri yang menentukan aduan politik wang dalam UMNO sebagai palsu. Bukan Lembaga Disiplin, bukan BPR tetapi Setiausaha Agung UMNO yang semua orang kenal.
Paling menggerunkan ialah Setiausaha Agung UMNO seolah-olah memberi amaran akan mengambil tindakan kepada Tun Mahathir yang berjanji akan mendedahkan nama mereka yang terlibat dalam politik wang jika pihak Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil tindakan dalam masa dua minggu. Ertinya UMNO memberi amaran kepada Tun Mahathir! Mesti pada waktu ini Tun Mahathir kecut perut, takuut....dengan amaran tersebut kerana Tun Mahathir memang terkenal sebagai orang yang penakut semasa dan selepas keluar UMNO!!!?
Perasankah SU Agung UMNO tu, siapa dia tu hendak memberi amaran kepada Tun Mahathir. Kita tengok selepas ini siapa yang kecut perut, Tun Mahathir atau UMNO ?
Biarkan....biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya !
Seperti dilaporkan utusan online:
UMNO ambil tindakan laporan palsu politik wang

28/11/2008 2:02pm

PUTRAJAYA 28 Nov. – UMNO akan mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit membuat laporan palsu berhubung penggunaan politik wang pada pemilihan parti peringkat cawangan dan bahagian baru-baru ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Jawatankuasa Lembaga Disiplin akan mengadakan mesyuarat dalam jangka masa terdekat untuk memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terlibat.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati tiga suku daripada 900 hingga seribu laporan yang diterima adalah palsu, sekali gus berniat jahat untuk menjatuhkan individu yang dilaporkan.

“Tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat. Selepas meneliti semua laporan itu, tiga suku daripada aduan itu adalah tidak benar. Kepada yang didapati bersalah, Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menentukan hukuman yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis program bersama rakyat `membaik pulih Sungai Chuau dan menambah populasi kelah’ di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan politik wang yang diterima UMNO.

Menurut beliau, sebarang laporan berhubung perkara seumpama itu perlu disertakan dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil memandangkan ada laporan dibuat berikutan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu.

“Banyak cakap pasal politik wang, cakap kerajaan rasuah, kalau ada bukti, laporkan. Beri kami bukti. Dia kalah bukan kerana politik wang, tapi pasal dia tak berkhidmat untuk rakyat,” katanya. —BERNAMA.

Bahasa Melayu mesti diperkasakan.

Sebagai seorang yang mencintai Bahasa Melayu dan sedih melihat Bahasa Melayu dikerdilkan oleh pemimpin Melayu sendiri yang mendakwa sebagai pembela Melayu, saya membangkitkan sekali lagi isu PPSMI.
Tun Dr Mahathir sekali lagi bersuara menentang pemberhentian dasar PPSMI yang dicetuskan zaman beliau itu. Memang itu adalah gaya Tun, beliau seorang yang pantang orang usik atau nilai semula apa yang telah dilakukan di zaman beliau walaupun perkara yang dilakukan itu boleh merosakkan. Beliau bukan peduli bahasa Melayu, yang beliau peduli yang dia buat jangan kacau, teruskan juga.
Semasa zaman Tun Mahathir hendak laksanakan PPSMI dulu ramai yang tidak bersetuju tetapi oleh kerana kerasnya pemerintahan Tun, semua terpaksa setuju dan semu terpaksa memuji dasar itu sebagai satu langkah yang positif. Yang menentang pada waktu itu hanya dari kumpulan dan pengikut pembangkang yang dianggap sebagai musuh negara.
Tun kata kalau tidak cukup guru untuk mengajar PPSMI, gunakan komputer. Itulah pemikiran Tun Mahathir. Benda disuruh guna untuk mengajar manusia! Itulah sebabnya anak dia Marina, tak sudah-sudah tentang pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Baru-baru ini Menteri Pelajaran juga memuji PPSMI dan katanya terbukti keputusan UPSR baik semenjak Dasar PPSMI dilaksanakan. Ini adalah petanda awal puak-puak ini memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap tentangan pejuang-pejuang dan pencinta-pencinta Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Saya sangat yakin dengan ulasan-ulasan yang berbunyi seperti itu Dasar PPSMI akan tetap diteruskan. Percayalah kita, apabila dasar ini diteruskan Bahasa Melayu akan hilang kekuatan sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu akan beransur-ansur menjadi bahasa pasar satu suku kaum terbesar di Malaysia , itu sahaja tarafnya nanti. Malang sungguh bagi umat Melayu, usaha dan asas yang diletakkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan dimusnahkan oleh para pemimpin Melayu sendiri (UMNO). Secara peribadi saya sangat kecewa.
Satu perkara lagi yang seharusnya menjadi ingatan kita ialah apabila dasar ini diteruskan pejuang dan pencinta bahasa Melayu yang terdiri dari sasterawan, budayawan, seniman, penyair dan pengguna ilmiah bahasa Melayu akan beransur-ansur lenyap dari bumi Melayu ini. Ini bukan dakwaan yang keterlaluan kerana bangsa Melayu adalah bangsa yang mudah lupa.
Bagi diri saya jati diri orang Melayu ialah Islam dan yang kedua ialah Bahasa Melayu. Dalam keadaan semakin ramai umat melayu terhakis aqidahnya, bahasanya juga telah dikerdilkan. Apakah lagi bangsa Melayu pada waktu itu ? Ya bangsa yang telah hilang jati dirinya. Siapa nak segan dan siapa nak pandang ?
Dengan sebab itu seluruh umat Melayu harus bangkit melahirkan tentangan secara padu menggunakan tindakan politik jika sekira Dasar PPSMI ini diteruskan. Jika mahu memperkembangkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu bukan dengan memperkerdilkan Bahasa Melayu. Bukan itu caranya. Bahasa Melayu wajib diperkasakan.